Setelah sekian lama aku tak meng'update' aku nyer blog, hari aku tertarik hati nak tulis sedikit pasal cerita ni...cerita tentang salah seorang pejuang wanita dalam islam..sebelum ni.. aku hanya tahu sikit-sikit cerita tentang pejuang wanita ini..tapi setelah aku dengar and aku hayati lagu yang dipopularkan oleh kumpulan nasyid Hijjaz iaitu lagu Sumayyah...aku tertarik ingin tahu lebih mendalam tentang wanita ni...and serba sedita yang aku peroleh itu aku kongsi dengan kamu semua...semoga kita boleh merasai apa yang dirasai Summayah dan betapa dia seorang yang tabah...dan semoga kita juga boleh menjadi setabah dia bila menghadapi kesukaran suatu hari nanti...InsyaAllah...Sumayyah..
Sejarah Islam telah
memaparkan bahawa hampir semua orang yang masuk Islam di peringkat awal
telah menerima siksaan dari orang-orang kafir Quraisy. Berbagai cara yang telah
dilakukan orang-orang kafir Quraisy untuk melemahkan semangat Islam pada jiwa
pengikut Muhammad S.A.W. termasuklah menyiksanya dengan kejam. Namun
demikian, usaha mereka gagal dan tidak dapat menawan hati orang-orang Islam.
Antara mereka yang menerima siksaan hebat itu ialah Sumayyah, ibu Ammar bin
Yasir. Sumayyah binti Hubbath ialah isteri Yasir, salah seorang hamba milik Abu
Jahal. Sumayyah seorang wanita muslim yang telah masuk Islam pada turutan
yang ketujuh selepas Abu Bakar, Bilal, Khabbah, Shuhaib dan Ammar. Ia adalah
seorang yang sangat tabah dan cekal dalam mengharunggi sebarang ujian.
Keimanannya tidak pernah luntur sekalipun ia banyak menerima ancaman dan
penyiksaan daru tuannya, Abu Jahal.Suatu ketika Abu Jahal menyedari bahawa
seorang demi seorang hambanya telah memeluk Islam. Ia merasa sangat marah
lalu mengambil tindakan keras terhadap mereka. Sumayyah dan suaminya serta
dua orang anaknya Ammar dan Abdullah telah ditangkap. Tangan dan kaki
mereka telah diikat dengan tali sehingga tidak mampu untuk melepaskan diri. Abu
Jahal berusaha memaksa Sumayyah dan keluarganya supaya meninggalkan
ajaran nabi Muhammad S.A.W. Abu Jahal berkata dengan keras, "Celaka kamu
semua, Muhammad itu adalah seorang gila, mengapa kamu mengikut ajarannya?
Jika kamu mahu selamat. kembalilah kepada agama nenek moyang kita" Oleh
kerana Yasir, Sumayyah dan anak-anak mereka masih setia dengan Islam, Abu
Jahal mengambil keputusan untuk melakukan deraan. Mereka semua telah
dilemparkan di tengah-tengah padang pasir yang panas di simbah kepanasan
matahari. Ketika itu Sumayyah meyaksikan sendiri bagaimana nasib yang
menimpa ke atas keluarganya. Dia terpaksa menerimanya dengan hati yang
tabah dan redha kepada ketentuan Allah S.W.T. Mula-mula Sumayyah
menyaksikan suaminya, Yasir disebat dengan cemeti. Kemudian ia dipanggang di
atas bara api sehingga dagingnya melecur. Bau kulit terbakar menusuk hidung.
Yasir tidak dapat menahan kesakitan yang amat sangat sehingga dia
menghembuskan nafas yang terakhir. Sumayyah melihat kejadian itu dengan hati
yang sabar dan tenang. Kedua-dua orang anaknya berpelukan sambil menangis
kerana kesedihan.Kemudian Sumayyah melihat sendiri bagaimana giliran
anaknya Abdullah menerima siksaan. Abdullah diangkat ke atas pemanggang api
yang sedang menyala-nyala. Tubuhnya terbakar sehingga hangus. dia mati dengan wajah yang berseri-seri. Abu Jahal sedang dalam kemarahan kerana
keluarga Sumayyah masih enggan meninggalkan agama Muhammad S.A.W.
Sebagai seorang ibu, Sumayyah tetap merasa sedih dengan kejadian itu tetapi
dia berdoa agar Allah S.W.T. memberikan balasan yang baik kepada
keluarganya.Sumayyah menerima hukuman dari Abu Jahal dengan hati yang
tenang. Dia diangkat ke atas tempat pemanggang api, kemudian diturunkan
semula. Abu Jahal berkata, "Jika engkau mahu keluar dari agamamu, aku akan
lepaskan Ammar." Lantas Sumayyah berkata dengan tenang kepada Abu Jahal
"Ammar tahu tanggungjawapnya terhadap Tuhan, sebagaimana aku tahu
tanggungjawapku terhadap Tuhanku. Oleh itu, aku tidak ada kaitan
dengannya."Dengan hati yang marah, Abu Jahal dan para pengikunya telah
mendera Sumayyah dengan keras. Sumayyah telah dijemur di tengah padang
pasir yang panas. dia dibiarkan di bawah pancaran matahari yang sangat terik.
Tubuhnya telah ditusuk dengan sebatang tombak yang tajam. Akhirnya
Sumayyah menemui ajalnya dengan keimanan yang suci.Sungguh mulia
kedudukan Sumayyah di sisi Tuhannya. Rasulullah S.A.W. yang menyaksikan
peristiwa tersebut ada menyatakan, "Bersabarlah wahai keluarga Yasir! kerana
tempat yang dijanjikan untukmu adalah syurga." Begitulah semangat dan
keberanian Sumayyah ketika menghadapi ujian yang paling berat. Ia bukan
sahaja wanita yang hebat dengan ketabahannya, bahkan tercatat dalam
lembaran sejarah dengan tinta emas. Dialah wanita terulung mati syahid dalam
Islam. Dengan keimanannya, Sumayyah berani menghadapi golongan manusia
yang paling zalim sebaris dengan Firaun. Gambaran wanita cemerlang inilah yang
harus dimiliki oleh kelompok orang-orang yang beriman dalam menghadapi pihak
yang zalim.
Kat sini aku sertakan lirik lagu Sumayyah yang dinyanyikan oleh Hijjaz...
Dalam Diri Selembut Sutera
Kau Memiliki Iman Yang Teguh
Kau Nyalakan Obor Agama Dirimu Bak Lentera
Dibelengu Jahiliah Kau Tempuh Dengan Berani
Walau Pun Jasadmu Milik Tuan
Tetapi Hatimu Milik Tuhan
Padang Pasir Menjadi Saksi
Ketabahan Keluarga Itu
Tika Suami dan Anak Dibaring Mengadap Mentari
Disuruh Memilih Iman Atau Kekufuran
Samar Jahiliah Atau Sinaran Akidah
Korus
Sabarlah Keluarga Yasir
Bagimu Syurga Disana
dan Kau Pun Tega Memilih Syurga
Walau Terpaksa Mengorban Nyawa
Lalu Tombak Yang Tajam Menikam
Jasadmu Yang Tiada Bermaya
Namun Iman Didadamu Sedikit Tidak Berubah
Darahmu Menjadi Sumbu Pelita Iman
Sumaiyah Kaulah Lambang Wanita Solehah
Tangan Yang Disangka Lembut
Menghayun Buaian
Mengoncang Dunia Mencipta Sejarah
Sumaiyah Kau Dibunuh Didunia Sementara
Untuk Hidup Disyurga Yang Selama-lamanya
Kaulah Wanita Terbaik
Sebaik Manusia
Namamu Tetap Menjadi Sejarah

0 Comment Anda~::
Post a Comment