Sumayyah Wanita Pertama Syahid Dalam Islam

Setelah sekian lama aku tak meng'update' aku nyer blog, hari aku tertarik hati nak tulis sedikit pasal cerita ni...cerita tentang salah seorang pejuang wanita dalam islam..sebelum ni.. aku hanya tahu sikit-sikit cerita tentang pejuang wanita ini..tapi setelah aku dengar and aku hayati lagu yang dipopularkan oleh kumpulan nasyid Hijjaz iaitu lagu Sumayyah...aku tertarik ingin tahu lebih mendalam tentang wanita ni...and serba sedita yang aku peroleh itu aku kongsi dengan kamu semua...semoga kita boleh merasai apa yang dirasai Summayah dan betapa dia seorang yang tabah...dan semoga kita juga boleh menjadi setabah dia bila menghadapi kesukaran suatu hari nanti...InsyaAllah...Sumayyah..

Sejarah Islam telah
memaparkan bahawa hampir semua orang yang masuk Islam di peringkat awal
telah menerima siksaan dari orang-orang kafir Quraisy. Berbagai cara yang telah
dilakukan orang-orang kafir Quraisy untuk melemahkan semangat Islam pada jiwa
pengikut Muhammad S.A.W. termasuklah menyiksanya dengan kejam. Namun
demikian, usaha mereka gagal dan tidak dapat menawan hati orang-orang Islam.
Antara mereka yang menerima siksaan hebat itu ialah Sumayyah, ibu Ammar bin
Yasir. Sumayyah binti Hubbath ialah isteri Yasir, salah seorang hamba milik Abu
Jahal. Sumayyah seorang wanita muslim yang telah masuk Islam pada turutan
yang ketujuh selepas Abu Bakar, Bilal, Khabbah, Shuhaib dan Ammar. Ia adalah
seorang yang sangat tabah dan cekal dalam mengharunggi sebarang ujian.
Keimanannya tidak pernah luntur sekalipun ia banyak menerima ancaman dan
penyiksaan daru tuannya, Abu Jahal.Suatu ketika Abu Jahal menyedari bahawa
seorang demi seorang hambanya telah memeluk Islam. Ia merasa sangat marah
lalu mengambil tindakan keras terhadap mereka. Sumayyah dan suaminya serta
dua orang anaknya Ammar dan Abdullah telah ditangkap. Tangan dan kaki
mereka telah diikat dengan tali sehingga tidak mampu untuk melepaskan diri. Abu
Jahal berusaha memaksa Sumayyah dan keluarganya supaya meninggalkan
ajaran nabi Muhammad S.A.W. Abu Jahal berkata dengan keras, "Celaka kamu
semua, Muhammad itu adalah seorang gila, mengapa kamu mengikut ajarannya?
Jika kamu mahu selamat. kembalilah kepada agama nenek moyang kita" Oleh
kerana Yasir, Sumayyah dan anak-anak mereka masih setia dengan Islam, Abu
Jahal mengambil keputusan untuk melakukan deraan. Mereka semua telah
dilemparkan di tengah-tengah padang pasir yang panas di simbah kepanasan
matahari. Ketika itu Sumayyah meyaksikan sendiri bagaimana nasib yang
menimpa ke atas keluarganya. Dia terpaksa menerimanya dengan hati yang
tabah dan redha kepada ketentuan Allah S.W.T. Mula-mula Sumayyah
menyaksikan suaminya, Yasir disebat dengan cemeti. Kemudian ia dipanggang di
atas bara api sehingga dagingnya melecur. Bau kulit terbakar menusuk hidung.
Yasir tidak dapat menahan kesakitan yang amat sangat sehingga dia
menghembuskan nafas yang terakhir. Sumayyah melihat kejadian itu dengan hati
yang sabar dan tenang. Kedua-dua orang anaknya berpelukan sambil menangis
kerana kesedihan.Kemudian Sumayyah melihat sendiri bagaimana giliran
anaknya Abdullah menerima siksaan. Abdullah diangkat ke atas pemanggang api
yang sedang menyala-nyala. Tubuhnya terbakar sehingga hangus. dia mati dengan wajah yang berseri-seri. Abu Jahal sedang dalam kemarahan kerana
keluarga Sumayyah masih enggan meninggalkan agama Muhammad S.A.W.
Sebagai seorang ibu, Sumayyah tetap merasa sedih dengan kejadian itu tetapi
dia berdoa agar Allah S.W.T. memberikan balasan yang baik kepada
keluarganya.Sumayyah menerima hukuman dari Abu Jahal dengan hati yang
tenang. Dia diangkat ke atas tempat pemanggang api, kemudian diturunkan
semula. Abu Jahal berkata, "Jika engkau mahu keluar dari agamamu, aku akan
lepaskan Ammar." Lantas Sumayyah berkata dengan tenang kepada Abu Jahal
"Ammar tahu tanggungjawapnya terhadap Tuhan, sebagaimana aku tahu
tanggungjawapku terhadap Tuhanku. Oleh itu, aku tidak ada kaitan
dengannya."Dengan hati yang marah, Abu Jahal dan para pengikunya telah
mendera Sumayyah dengan keras. Sumayyah telah dijemur di tengah padang
pasir yang panas. dia dibiarkan di bawah pancaran matahari yang sangat terik.
Tubuhnya telah ditusuk dengan sebatang tombak yang tajam. Akhirnya
Sumayyah menemui ajalnya dengan keimanan yang suci.Sungguh mulia
kedudukan Sumayyah di sisi Tuhannya. Rasulullah S.A.W. yang menyaksikan
peristiwa tersebut ada menyatakan, "Bersabarlah wahai keluarga Yasir! kerana
tempat yang dijanjikan untukmu adalah syurga." Begitulah semangat dan
keberanian Sumayyah ketika menghadapi ujian yang paling berat. Ia bukan
sahaja wanita yang hebat dengan ketabahannya, bahkan tercatat dalam
lembaran sejarah dengan tinta emas. Dialah wanita terulung mati syahid dalam
Islam. Dengan keimanannya, Sumayyah berani menghadapi golongan manusia
yang paling zalim sebaris dengan Firaun. Gambaran wanita cemerlang inilah yang
harus dimiliki oleh kelompok orang-orang yang beriman dalam menghadapi pihak
yang zalim.


Kat sini aku sertakan lirik lagu Sumayyah yang dinyanyikan oleh Hijjaz...

Dalam Diri Selembut Sutera
Kau Memiliki Iman Yang Teguh
Kau Nyalakan Obor Agama Dirimu Bak Lentera
Dibelengu Jahiliah Kau Tempuh Dengan Berani
Walau Pun Jasadmu Milik Tuan
Tetapi Hatimu Milik Tuhan

Padang Pasir Menjadi Saksi
Ketabahan Keluarga Itu
Tika Suami dan Anak Dibaring Mengadap Mentari
Disuruh Memilih Iman Atau Kekufuran
Samar Jahiliah Atau Sinaran Akidah

Korus
Sabarlah Keluarga Yasir
Bagimu Syurga Disana
dan Kau Pun Tega Memilih Syurga
Walau Terpaksa Mengorban Nyawa
Lalu Tombak Yang Tajam Menikam
Jasadmu Yang Tiada Bermaya
Namun Iman Didadamu Sedikit Tidak Berubah

Darahmu Menjadi Sumbu Pelita Iman
Sumaiyah Kaulah Lambang Wanita Solehah
Tangan Yang Disangka Lembut
Menghayun Buaian
Mengoncang Dunia Mencipta Sejarah

Sumaiyah Kau Dibunuh Didunia Sementara
Untuk Hidup Disyurga Yang Selama-lamanya
Kaulah Wanita Terbaik
Sebaik Manusia
Namamu Tetap Menjadi Sejarah

Aku Perlukan Rehat...

biler otak aku nak rest ni...adus... pnt sial..tak abis2 lagi benda alah ni sumer.. dah la ader short sem lak nti...pnt dol....tolong lah aku tension... lau aku lek letak coding stop(); kat sumer kepenatan aku ni...atau letak on (release) { fscommand("quit"); } untuk brenti drpda keletihn n kpntan ni sumer...tapi aku nyer hidup ni...maner nak sama ngn coding flash tu...silap coding kuar output "Error" pastu boleh delete n betulkn blik...sampai jadik...tapi life kita..lua dah buat "Salah" blum tentu kita boleh betulkn coding dia...mgkin kita takder peluang dah nak buat mcm tu...sbb masa bukan kebelakang...tapi trus..makin laju ke depan...cma kena pandai n sesuaikn diri ngn masa n keadaan..( eh aper aku taip ni..?? merepek2 jaaa....)

Presentation n Final XM..!!

Tak sabar asenyer nak habiskan mgu ni....esok aku ader presentation web site aku... and hari jumaat pulak present web programming nyer web lak...aduyai...bukan takat tak sabar nak habis mggu ni...tapi aku jugak tak sabar nak habis sem 4 ni...aku jugak tak sabar nak habiskan sem 5, tak sabar nak habiskan aku nyer practical nti dan tak sabar nak habiskan aku nyer diploma ni....
aku igt lepas present programming nti nak blik umah jap...kat kelantan kejap...rindu rrr kat kampung halaman....tapi blik nak kena struggle giler r study ni...28hb tu xm...dua paper lak tuuu.... so tolong ingatkan aku hari jumaat ni or hari khamis ni gi collect exam slip kat level 3...
pastu blik tu...ingatkan aku suh study...jgn main2 jaaa... hahahhahahha...aku nak score tggi skit sem ni... hahahhaaa... (berlagak la pulak) tapi takper...so gud luck untuk aku...n gud luck jugak untuk budak2 rumah aku... (ain,ayu,dayana, hanis, aten, shaz, ummi dan farah) n budak kelas aku...budak2 unikl...n dan sumer2 lah yang akn hadapi xm or aper2 ajer laaa yang akn anda hadapi... SEMOGA BERJAYA...!!

Postpone

Kali ni dah 2 kali aku nyer presentation web kena pospone...aduyai penat nak kena nervous byk kali ni...hahahahaaa... hari rabu ni lau tak jadi jugak tak tau laaa....

Nak letak title aper ek..??

haaaaa... hari ni ader presentation Web.. pastu submit IID ngn MMA nyer project...adus...memang best r..daah la aku nyer MMA project tak link lagi.... cam mano eh jang..??

Dia Carlo...

Carlo...dia dilahirkn didlam jaringan-jaringan kayu...hidupnya dan membesarnya dia didalam jaringan itu...menjalani kehidupan didalam jaringan itu..pada hari pertama dilahirkan...dia jatuh dari rumahnyaa...tapi riwayatnya masih pnjang n masih boleh lagi berlari-lari...errrmmm carlo membesar dengan penuh kasih sayang...ramai yang menjaganya...ramai yang sukaknnya...dan dan tak kurang juga ramai yang ingin memilikinyaaa.... Ternyata carlo memang kesayangan semua orang...telatah dan kelingkahnya membuat semua orang tertarik hati... sesiapa sahaja yang berkunjung kerumahnya akan bercerita tentang keletah carlo... carlo sudah besar panjang sekarg... carlo berpindah rumah...masih dirumah kayunya tapi direnovate menjadi besar dan tggi...carlo lebih selesa tinggal dirumah barunya...semasa carlo masih kecil...masih bayi...ramai yang suka meribanya...dan carlo dpt cam bila orang memanggilnya walaupun dia masih kecil... carlo sudah besar dan sudah layak untuk dikawinkan... tapi sayangnya carlo tidak mendapat sebarang zuriat oleh kerana carlo mempunyai sedikit masalah...walaupun begitu...beliau masih menjagi kesayangn sumer orang...termasuk aku...Semasa aku cuti semester hari tu...aku pulang dan aku dapat tau yang carlo sakit...aku sedey melihat keadaannya...jalan pun tak stabil..amat sedey melihat keadaannya...tapi walaupun begitu dia masih lagi mahu bergurau senda ngn aku... bila aku masuk sini blik...untuk sambung study aku untuk sem 4...aku dah lama tak jumpa dia...aper khabar agaknya...masih sakit lagi kah..?? tadi masa aku ckp ngn umi bertya khabar dan lain2..aku tya khabar carlo mcm mna keadaan...pastu ummi aku ckp.."carlo..??? carlo kan dah lamer kena sembelih..??" aku pya terkejut dan sebak tak dpt ditahan lagi...aku menangis..sedeynya..mcm khilangan seorg kwn...carlo didapati mgidap sakit jantung...terdpat darah beku dijantungnya...daripada dia mati tersiksa baik disembelih dan manfaatkan dagingnya..."kata ummi" carlo selamat disembelih pada hari jumaat 10 April 2009 bersamaan dengan 14 RabAkhir 1430...dan dagingnya dibuat makan majlis doa selamat... carlo adlah seekor kambing jabnapari yang sgt pintar dan comel...tapi syang riwayatnya hya sampai disini...walaupun kedengaran kelakar pembaca yang laim...tapi tidak bagi aku yang mengalami aku yang menjaga dan merawatnya sejak kecil...keletahnya sgt mencuit hari....sejak dilahirkan carlo isap susu botol...daripada setengah botol ke 1 botol penuh...kepda 2 3 botol..kepada 1 jag susu...dan sampai aku taruk air paip ja dalam botol sbb tak larat nak pegi buat byk kali...huhuhu...tapi semuanya dah tggal kengan...aper pun..dua tahun riwayatnya amat membri kesan pada aku...dan pemergiannya amat aku rasakan...

AKu penat

6.30 pagi...
5.30 pagi...
dan
5.30 pagi..

bagun pun pagi..penat sial...

5.37 AM

Arrrrgggrrr..... dah pukul 5.37 pagi....aper aku buat niii....
naper tak tido lagiii....?????
Penat Siot Mengadap Laptop ni.. sakit dowh pinggang aku....



Find the faces


If can find 0 - 5 faces - idiot
If can find 6 - 7 faces - stupid
If can find 8 - 9 faces - normal
If can find 10 - 11 - very normal
If can find 12 - 13 faces genius

DI DALAM BERSAHABAT...


Apabila bersahabat, diri sendiri & sahabat harus mempunyai tanggungjawab &
punya harapannya sendiri. Antaranya ialah :-

1 . Ketahanan bergurau senda, adat bergurau terlebih usik. Pastikan kita &
sahabat saling boleh menerima gurauan oleh itu berfikir dahulu sebelum
ianya berlaku.

2 . Jgn terlalu celupar atau mengkritik, kita sendiri tidak semestinya
bagus dan betul.

3 . Jgn terlalu mengambil tahu hal peribadi org terdekat dgn sahabat spt
tunang, isteri/suaminya atau kaum keluarganya.

4 . Perkara sensitif spt gaji, kenaikan pangkat & hutangnya usah ditanya.

5 . Pandai menyimpan rahsia terutama hal peribadi spt rumahtangga atau
hubungan suami isteri sahabat.

6 . Terima kekurangan & keburukan sahabat seadanya. Cuba lihat nilai
positifnya dan lihat diri sendiri, diri kita tidak tentunya baik.


7 . Bijak menyesuaikan tutur kata dgn emosi sahabat. Jangan cakap mengikut
sedap mulut tanpa memikir kesannya kepada sahabat.

8 . Berita baik atau berita sedih sahabat, biarlah dia sendiri memberitahu
rakan lain walaupun kita sudah mengetahui. Ini tanda kita menghormatinya.
Jangan terlalu busy body dengan cerita kehidupan sahabat kita tanpa
memikir kesannya kepada sahabat kita.

9 . Menghormati hak & kehidupan peribadi sahabat. beri peluang sahabat
bersendiri. Jikalau terlalu berdampingan, mungkin menjemukan & kita hanya
menyekat perhubungan dgn insan lain.

10 . Jika salah seorg marah, beri peluang dia melepaskan amarah di hati.Jgn
dibalas, berdiam & tunggu hingga dia reda & sejuk. Pasti hubungan akan
kembali spt biasa. Manusia harus menerima hakikat setiap org ada lautan
hati yg pasang surut.

11 . Sewaktu sahabat sedang marah, elok mendiamkan diri. Jikalau dia
mengomel, dengar & angguk. Itu lebih baik dpd membuat komen. Ia boleh
memburukkan keadaan.

12 . Jangan memburukkan sahabat di hadapan orang lain dan membanggakan diri dengan mengadakan cerita i.e. kekayaan, kecantikkan dan sebagainya. Bangga diri tidak membawa kita ke mana-mana sebaliknya bersyukur dgn apa yang dikurnia oleh Allah s.w.t Rasulullah s.a.w. bersabda:

"Sesungguhnya hati manusia akan berkarat sebagaimana besi yang dikaratkan
oleh air." Bila seorang bertanya, "Apakah caranya untuk menjadikan
hati-hati ini bersih kembali?" Rasulullah s.a.w. bersabda, "Selalulah
ingat mati dan membaca Al Quran."